Asas-asas utama
Kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun
yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh
diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk
mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan
samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.
Bateri
Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana
bateri yang lemah
kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi
samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti
secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat
dihidupkan.
1.Alarm
akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm
akan bernyala
3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
5.Power window yang
ditekan akan menyebabkan alarm
berbunyi.
6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.
Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala
berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan
elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana
cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem
elektronik yang gagal berfungsi?
1.Pusingkan kunci kereta
pada tanda 'ON'
2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
3.Angkat kabel penyambung bateri
4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala
menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang
bateri yang berkuasa
Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara
mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika
enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?
Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal
kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang
digunakan dan mati secara tiba-tiba..
1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi ia tidak terus hidup
malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan
sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus
berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin
telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang
pembakaran dan membasahkan plug.
4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara
tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem
elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)
Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-
1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
2.Lampu panel meter
bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine'
.
(
rujuk gambar)
 |
Kedudukan penunjuk ketika suis pada ON |
Starter
Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat
dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali
kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar
negatif mungkin berlaku .
Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.
Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan
dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan
penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang
menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.
Alternator
Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan
menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah
semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.
Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan
kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika
enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.
Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp
radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya,
kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta
alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang
digunakan untuk mengecas semula.